Objektif pelaksanaan analitis data raya adalah seperti berikut:
- Memaksimumkan penggunaan dan perkongsian data agensi kerajaan bagi meningkatkan hasil dan mengurangkan kos;
- Membudayakan inovasi penciptaan produk atau perkhidmatan baharu kerajaan daripada sumber data raya dan seterusnya meningkatkan kualiti perkhidmatan yang berpaksikan rakyat;
- Menghasilkan maklumat atau pengetahuan yang berbentuk deskriptif, diagnostik, prediktif dan preskriptif dalam membantu kerajaan menggubal dasar, membuat perancangan dan keputusan dengan lebih pantas, tepat dan proaktif;
- Mentransformasi penyampaian perkhidmatan sektor awam berpacukan data untuk menyokong dan mencapai agenda pembangunan digital negara; dan
- Membangunkan kompetensi penjawat awam dalam bidang sains data.