SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB DATA RAYA SEKTOR AWAM

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah

Latar Belakang DRSA

675 views

Inisiatif Data Raya Sektor Awam telah dimulakan pada tahun 2015 berdasarkan mandat daripada Mesyuarat Majlis Pelaksanaan Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia (ICM) Bilangan 25 Tahun 2013 pada 14 November 2013 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri  telah bersetuju supaya Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Jabatan Digital Negara berkolaborasi meneraju pelaksanaan analitis data raya (Big Data Analytics-BDA) di sektor awam.


Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 20 Ogos 2014 bersetuju supaya agensi sektor awam melaksanakan inisiatif Analitis Data Raya (Big Data Analytics (BDA) : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kerjasama JDN dan MDEC membangunkan Kerangka Data Raya Kerajaan Malaysia, JDN dan MDEC berkolaboratif untuk melaksanakan 4 projek rintis BDA, Kerajaan MDEC menerajui inisiatif BDA sektor swasta dan JDN menerajui BDA sektor awam.


JDN telah mengeluarkan Pekeliling Transformasi Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2017 Pelaksanaan Analitis Data Raya Sektor Awam (aDRSA) berkuatkuasa pada 3 Januari 2017 yang bertujuan memberi kefahaman dan panduan kepada agensi sektor awam bagi melaksanakan analitis data raya dengan mengguna pakai kaedah atau metodologi yang bersesuaian. Tempoh kuat kuasa pekeliling ini adalah selama 5 tahun dan telah pun tamat tempoh pada 2 Januari 2022.


JDN telah melaksanakan kajian semula terhadap garis panduan ini bagi menambah baik dan memantapkan lagi tadbir urus dan metodologi pelaksanaan analitis data raya sektor awam sejajar dengan agenda pendigitalan negara.





Kemaskini : 4 Disember 2024
TOP