SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB DATA RAYA SEKTOR AWAM

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 dibina di atas framework sumber terbuka Yii2.0 dan bahasa pengaturcaraan PHP.

Soalan Lazim

Bagaimana kami boleh membantu?
Apakah sokongan atau sumber daya tambahan yang disediakan selepas tamat program literasi data?

Pasukan DRSA menyediakan sokongan berterusan melalui khidmat nasihan dan perundingan bersama Bahagian Perundingan ICT kepada agensi  bagi membantu peserta mengembangkan literasi data yang dipelajari melalui program yang disediakan oleh MAMPU.

Apakah kandungan utama dalam Program Literasi Data Raya dan bagaimana ia disampaikan?

Program Literasi Data Raya merangkumi program kesedaran memanfaatkan data dalam pembuatan keputusan dan meningkatkan perkhidmatan sektor awam. Program dijalankan dalam bentuk bootcamp, seminar, latihan dan sebagainya.

Adakah program ini dirangka khas untuk menyesuaikan keperluan pelbagai tahap kebolehan?

Program disesuaikan mengikut peserta dan tahap kebolehan yang berbeza suapaya objektif program dapat difahami dengan jelas.

Apakah proses penambahbaikan dan kemas kini produk data raya, dan adakah sokongan penyelenggaraan disertakan?

Proses penambahbaikan dan kemas kini produk adalah dibawah tanggungjawab agensi bagi memastikan produk sentiasa relevan dan berkesan.

Bagaimana DRSA memastikan program literasi data memberi tumpuan kepada isu dan cabaran sektor awam?

Program literasi data MAMPU setiasa cuba menangani isu dan cabaran yang bersesuaian dengan sektor awam.

Kemaskini : 4 Disember 2024
TOP