SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB DATA RAYA SEKTOR AWAM

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah

Visualisasi

Ekonomi
Pengukuhan Pengurusan Perolehan Kerajaan Melalui “Cartelogy ”
Cartelogy MOH Perolehan tender sebut harga eP Sistem kerajaan

Sistem Cartelogy bertujuan untuk mengenal pasti potensi pakatan harga dan risiko rasuah dalam perolehan Kerajaan. Sistem ini boleh memberi manfaat dari segi meningkatkan ketelusan dan keadilan dalam proses perolehan Kerajaan, memberi nilai faedah terbaik, mengurangkan potensi rasuah dan monopoli di kalangan pembekal. Sistem Cartelogy ini akan membantu Urus Setia Perolehan untuk mengenal pasti potensi syarikat yang terlibat dalam pakatan harga dan maklumat ini akan diambil kira serta dimaklumkan kepada Pihak Berkuasa Melulus bagi pertimbangan. Sistem ini akan memaksimumkan potensi data daripada Sistem ePerolehan (eP) di mana data ini dianalisis untuk memaparkan maklumat potensi (red flag) pakatan harga berdasarkan Guidelines for Fighting Bid Rigging in Public Procurement yang dikeluarkan oleh The Organisation for Economic Co -operation and Development (OECD) .

Bisnes Objektif (BO):

BO1: Untuk mengena l pasti corak hubungan antara pembekal dan tender/sebut harga yang disertai.

BO2: Untuk memaparkan petunjuk (red flag) bagi membolehkan pengguna menganalisis, menilai dan mengesan potensi pakatan harga dan risiko rasuah dalam perolehan kerajaan.

Kemaskini : 21 November 2024
TOP